Tuesday, August 26, 2008

offline mode or bad mood?

Kadang aku ndak berapa faham kenapa orang lain sibuk pasal hal orang lain.. mungkin sebab dia ingat orang yg dia sibuk tu tidak berilmu atau orang yang menyibuk tu kurang cerdik.. bukan apa.. 15hb ogos lepas aku balik Tawau naik flight la... pastu after take off tu aku dengarla mp3 di hp aku (offline mode la of course). pastu ada pakcik sorang ni (pakai macam ada gaya YB) dengan penuh serius macam mo marah terus tegur aku. "ON hp ka?". "Ya, kenapa pakcik?lagipun phone ni offline dan aku pun jelaskan lagi "line tidak aktif" dengan andaian dia faham. Dengan muka 'blur & selambanya' dia terus ndak cakap apa. Aku pn heran tapi buat bodo jak.. Hahaha..
Sebab tu aku teringat satu cerita tentang sorang budak di Masjid yang sedang mendengar kuliah/ceramah. Dalam banyak2 orang yang ada dalam masjid tu, dia sorang yang tidak bertanya soalan. Semua orang bertanya sebab ada kemusykilan. Jadi, budak2 lain pun konpius. Dia ni pendiam ka, pandai sangat ka, bengap ka.. sekali tu, tuan guru pun bertnya pada budak ni.. "tiada soalan ka?" terus budak ni jawab. "Ada". "Kalau kita berpuasa, boleh makan tak disiang hari"... "Ingatkan tak bercakap sebab bangang, rupanya memang sah bangang" Sebab tu kadang-kadang lebih baik diam kalau ndak tau, sebab bila kita bercakap benda yang kita ndak tau, maka terserlah la kebangangan kita...

No comments:

Hantar YM sama aku

Pelawat ku ka nie?