Wednesday, August 27, 2008

Coming soon... N96


N96?yup... nokia N96.. Kalau ada yang tidak tau apa itu nokia N96, anda bukan duduk dalam gua selama ini cuma anda hanya tidak ambik kisah pasal benda ni.. lagipun benda ni antara model N series keluaran terbaru Nokia yg menunggu masa utk muncul di pasaran tempatan. Bukannya aku nak beli hp ni just mau kongsi sedikit sebanyak info tentang hp yg bakal menggegar (iya ka?) arena per'handphone'nan dunia. Ada yg cakap saingan kepada Iphone 3G (Di sabah ni harga rm4.5K siutt..). Aku rasa kurang ramai yang kurang setuju dgn pendapat aku yg hp ni sebenarnya gabungan daripada model N81 + N95 = N96. Tidak setuju ndak mengapalah. Bukan aku suruh setuju pun. Kenapa?sebabnya tidak byk beza dgn kedua-dua hp ini dari segi rekabentuk cuma spec berbeza sedikit & aku mau highlight beberapa spec berikut sebagai ciri-ciri tambahan:-

- DVB-H <--- apa ni?
- 16GB internal storage
(thats it?only this?)

untuk spec detail boleh rujuk sini

Aku mmg berminat jugakla dgn hp ni cuma dari segi harga yg boleh buat aku demam. Lagipun aku ndak pernah guna hp lebih dr setahun.. mcm tokey kedai hp pulak aku. Bukannya mau menunjuk dgn kwn cuma suka test benda baru tp kalau selalu sangat test, tokey balak pun lingkup. Aku menjangkakan harga dalam area Rm3,000 - Rm3,300(zitron - info aku perolehi dari kawan kedai hp walaupun N96 nie belum ada di kedainya) Bagi aku, ciri-ciri penting yg aku perlukan dalam hp mengikut ranking :-

1. Unlimited entry (contacts) - normally skrg kebanyakkan hp ada ciri2 ni.
2. Sync (contacts, calendar, notes)
3. A-GPS (supaya tidak sesat)
4. Camera (its a must but tidak semestinya MP yg tinggi)
5. WLAN capable (sebab aku tidak boleh hidup tanpa internet)
6. TV-Out (nie kira added value la..)
7. External storage support (nie semua pun tau untuk apa)
8. TV receiver (option - tokey kedai hp cina cakap "aiyaa... kalau mo tengok tv bagus beli tv lor.... lagi musat.. aiyaaaa.. ini olang pun adaka..."




buat masa ni aku kekalkan jak la hp sedia ada ni buat sementara waktu sebab dia masih menjalankan tugas sebagai sebuah hp yg baik kepada tuannya. Nokia 6210 Navigator.

sesuatu untuk dikongsikan bersama...



Akhirnya aku sampai jugak ke kota marudu jam 10 pagi.. smpai jak terus minum pagi kejap untuk hilangkan mgantuk.. destinasi? sekolah-sekolah yang terlibat dgn projek makmal komputer.. perjalanan ke sekolah ni mmg mncabar jugak... kalau bwk kereta ku ni sah sah hancur tebaboom!!! nasib baik pakai 4WD jabatan... dalam hati "macamana la kalau aku yg kena kerja di area ni... ndak sanggup aku rasanya.. tapi cayala dengan guru2 di sini..".. ndak kisah la jalan teruk ka apa ka, yg penting mendidik anak bangsa (pinjam ayat kawan kejap). Smpai jak sekolah terusla observe . Overall, mcm biasa.. tengok itu ini.. bla bla bla.. check schoolnet.. bla bla bla... lebih kurang jam 3.30pm semua 5 sekolah berjaya dilawat.. as on schedule.. skrg ni berehat jap di Marudu Inn sebelum menyambung lawatan ke Pitas esok. Keadaan hotel?Okla.. RM84.00 semalam utk family room.. 2 katil queen.. saja jak aku amik bilik ni walaupun aku stay sorang jak.. lagipun masih dalam rate aku... huhuhuhu... Apa yg menyedihkan aku di kota marudu ni ndak ada 3G.. GPRS jak yg ada.. beberapa sekolah yg aku pigi lawat pun ada yg tiada line cellular langsung.. ndakpala.. yg penting ada internet.. brsyukur dgn apa yg ada.. kejap lagi aku mo pi cari makanan.. Disini aku share sedikit pemandangan sepanjang hari ini. Teringat pulak di alam persekolahan dulu... alalala....

journey to kota marudu

Awal pagi lagi aku sudah bergerak ke ofis sebab mau ke kota marudu(KM). Pekena roti kosong+nes tarik+dunhill sebatang pergghhh... sekarang ni aku otw ke kota marudu guna kereta ofis.. ndak dapat guna kereta sendiri (minyak mahal+ tralu lowerd). Memang betul la sekarang ni dunia tanpa sempadan.. aku masih boleh memblog dalam kereta yg sedang bergerak.. hahaha... dalam kereta ni aku+wakil MOE HQ+driver(pandu hati2 ya bang...).. perjalanan ambik masa 2 jam ke KM.. kami akan melawat 3-4 buah sekolah pastu mungkin bermalam semalaman dan esok InsyaAllah akan ke Pitas. (Kota Marudu - Pitas about 45min). Okla.. aku akan update blog ni nanti kalau ada masa...

Tuesday, August 26, 2008

offline mode or bad mood?

Kadang aku ndak berapa faham kenapa orang lain sibuk pasal hal orang lain.. mungkin sebab dia ingat orang yg dia sibuk tu tidak berilmu atau orang yang menyibuk tu kurang cerdik.. bukan apa.. 15hb ogos lepas aku balik Tawau naik flight la... pastu after take off tu aku dengarla mp3 di hp aku (offline mode la of course). pastu ada pakcik sorang ni (pakai macam ada gaya YB) dengan penuh serius macam mo marah terus tegur aku. "ON hp ka?". "Ya, kenapa pakcik?lagipun phone ni offline dan aku pun jelaskan lagi "line tidak aktif" dengan andaian dia faham. Dengan muka 'blur & selambanya' dia terus ndak cakap apa. Aku pn heran tapi buat bodo jak.. Hahaha..
Sebab tu aku teringat satu cerita tentang sorang budak di Masjid yang sedang mendengar kuliah/ceramah. Dalam banyak2 orang yang ada dalam masjid tu, dia sorang yang tidak bertanya soalan. Semua orang bertanya sebab ada kemusykilan. Jadi, budak2 lain pun konpius. Dia ni pendiam ka, pandai sangat ka, bengap ka.. sekali tu, tuan guru pun bertnya pada budak ni.. "tiada soalan ka?" terus budak ni jawab. "Ada". "Kalau kita berpuasa, boleh makan tak disiang hari"... "Ingatkan tak bercakap sebab bangang, rupanya memang sah bangang" Sebab tu kadang-kadang lebih baik diam kalau ndak tau, sebab bila kita bercakap benda yang kita ndak tau, maka terserlah la kebangangan kita...

pemandu malaysia yang terlampau B@d@H

Di sini aku mau share sikit pengalaman time balik kerja petang tadi... biasa aku keluar awal untuk elakkan hal mcm ni jadi tapi hari ni aku terlambat sikit keluar ofis. Maka jalan pun JAMMED
dan ndak sempat pulak aku elak. Hampeh...


tapi mujurlah bukan jammed gila... aku ikut cadangan member aku supaya amik pic orang yg memandu kurang ajar ini & post di internet supaya dorang sedar mereka sedang diperhatikan. main masuk ikut jalan mudah ikut suka ati mak bapak dorang jak.. Ini antaranya... ambik mu... Su*@%r

as expected ...

Akhirnya keputusan unofficial (whatever that means) PRK P44 Permatang Pauh telah pun aku tau... seperti yang dijangkakan... Apa2 pun, esok aku kena bangun awal jam 6am la lebih kurang sebab jam 7.45am aku kena melawat makmal sekolah di daerah Kota Marudu & Pitas.
Esok aku cuba post beberapa view daerah Kota Marudu untuk tatapan yang belum pernah sampai ke tempat tu (termasuk aku la).

26 Ogos undi penentu ?

Walaupun aku ni bukannya orang Permatang Pauh tapi aku pun terasa bahang PRK P44 ni. Sememangnya melihat keadaan politik semasa yang biru haru ni membuatkan aku tertarik menarik ko memang da bom untuk menyaksikan puak-puak politik ni brhujah. Posting pertama dalam blog ni mungkin menjadi sejarah aku dalam era pem'blog'an ini.. maybe... tapi bkn aku mau cerita tentang blog atau apa-apa.. cuma menantikan detik malam ini yang menentukan ke mana arah politik dan politikus tanahair yang aku sendiri tidak faham tapi yang pastinya hari ini setiap undi adalah penentu !

Hantar YM sama aku

Pelawat ku ka nie?